Tuesday 11 February 2014

Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH AGAMA SUNGAI TIRAM
               Sekolah Agama Sungai Tiram ditubuhkan pada tahun 1956 iaitu dengan cara menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram dalam satu bangunan tetapi berlainan sesi sehingga tahun 1971 (ketika itu murid hanya 200 orang sahaja). Awal penubuhan sekolah ini diterajui oleh Ustaz Mohd Nasir bin Abdul Hamid sehingga tahun 1963. Beliau diarahkan bertukar sekolah dan digantikan oleh Ustaz Salikin, Ustaz Osman bin Safuan, Ustaz Mohd Nasir Bin Karibon @ Abd Shukor, Ustaz Haji Mohd Kasan bin Haji Mahmud, Ustaz Marjoni bin Mohamad dan beberapa orang guru lagi sehingga tahun 2012, Kini Sekolah Agama Sungai Tiram gemilang di bawah teraju  Ustaz Azim Shah bin Ismail yang dibantu dengan 16 orang guru penolong serta seorang pembantu tadbir.
 Pada awal tahun 1972, sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri sehingga kini hampir 37 tahun .  Sekolah ini mempunyai 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru di bangunan asal, kini sekolah mempunyai 4 buah bilik tambahan di bahagian belakang bangunan asas iaitu banglo lama yang telah diubah suai menjadi kelas bagi menampung pertambahan jumlah murid. Murid yang menuntut di sekolah ini kini berjumlah 1200 orang, semakin hari jumlahnya semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi  merealisasikan impian untuk memiliki bangunan baru bersesuaian dengan pertambahan jumlah murid, atas inisiatif Badan Kebajikan Sekolah Agama Sungai Tiram telah merancang untuk membina 3 bilik darjah tambahan yang kosnya hampir mencecah RM 150,000.00. Pihak sekolah dan ahli jawatan kuasa menggembling tenaga berusaha untuk mengumpulkan dana bagi menampung kos yang diperlukan.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperjuangkan permohonan bangunan sekolah baru untuk menampung pertambahan jumlah murid yang kian meningkat saban tahun. Dengan inisiatif, Kerajaan Negeri Johor dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah membina bangunan sekolah.  Majlis Penyerahan Kunci Sekolah Agama Negeri Johor telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin dan turut merasmikan majlis tersebut. Kini pelajar-pelajar Sekolah Agama Sungai Tiram telah memanfaatkan bangunan ini dengan segala kemudahan yang disediakan. Bersamalah kita mendidik dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara kita Malaysia supaya terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pada 9/1/2017 bangunan baru Sekolah Agama Sungai Tiram telah siap sepenuhnya dan pelajar-pelajar telah memulakan sesi persekolahan di bangunan baru. Semoga guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah agama ini dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. amin....

SASTJB berwajah baru


No comments:

Post a Comment