Tarikh :3hb Januari 2015
Hari : Sabtu
.........................
PENGENALAN
Program Ukhuwah Sekolah adalah merupakan program tahunan sekolah yang dijalankan pada setiap tahun.Program ini merupakan agenda tahunanyang dikelolakan oleh seksyen Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sekolah.Selain itu,program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari budaya dan nilai baik warga sekolah untuk memenuhi visi dan misi sekolah bagi mencapai matlamat yang diharapkan.Program ini juga bertujuan menyampaikan maklumat terkini yang bersesuaian dengan keperluan semasa pelajar bagi membolehkan mereka bersedia dengan aktiviti belajar dengan efektif dalam bentuk keterbukaan minda dan peluang belajar selepas SDEA dan SDKA.
OBJEKTIF
1.1 Pelajar dapat mengetahui visi dan misi sekolah.
1.2 Pelajar dapat mengenali budaya kehidupan sekolah.
1.3 Menggalakkan Pelajar berinteraksi dan bersosial dengan cara yang betul bagi mewujudkan suasana harmoni untuk pembelajaran.
1.4 Menanamkan semangat cintakan pelajaran dan sekolah.
1.5 Memberikan maklumat hala tuju sekolah kepada ibubapa.
SASARAN
- Murid tahun satu.
TEMPOH
- 3 HARI( 11 - 13 Januari 2015)
................................................................................................................................
Gambar-gambar semasa taklimat MUS 2015
.....................................