Thursday 30 April 2015

CUTI PERISTIWA

Kepada
Ibubapa/Penjaga
Sekolah Agama Sungai Tiram

CUTI PERISTIWA

Adalah dimaklumkan bahawa SASTJB akan bercuti pada hari yang berikut:-

Bil
Tarikh
Perkara
1
01 Mei 2015(Jumaat)
Hari Pekerja
2
03 Mei 2015(Ahad)
Hari Wesak
3
04 Mei 2015(Isnin)
Cuti Ganti

Sekolah Agama Sungai Tiram akan dibuka semula pada hari Selasa 05 Mei 2015

Sekian terima kasih

Wednesday 29 April 2015

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 1 Tahun 2015


Majlis Perujian Tilawah  Al-Quran
 Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor 
Peringkat Zon 1 Tahun 2015
Tarikh : 29 April 2015(Rabu)
Bertempat : Sekolah Agama Taman Bukit Tiram
.................................................
Ribuan terima kasih kepada yang Berbahagia Tuan Hj. Mohd Fauzi Bin  Arshad
(Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru) yang sudi merasmikan majlis tersebut.

.................................................
Ucapan Pengerusi Zon 1
USTAZ AZIM SHAH BIN HJ.ISMAIL )
.............................................................
..............................................

Monday 27 April 2015

Memo Cuti Sempena Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 Tahun 2015


Sekolah Agama Taman Bukit Tiram
....................................................


Kepada,
Ibubapa/Penjaga Murid
Sekolah Agama Sungai Tiram.

Untuk makluman tuan/puan,pelajar-pelajar akan dicutikan sempena Perujian Tilawah 
Al-Quran Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 1 bagi
 Daerah Johor Bahru seperti ketetapan berikut :-

HARI : RABU
TARIKH : 29 APRIL 2015

Sehubungan dengan itu,semua guru-guru akan menghadiri majlis tersebut besama-sama wakil pelajar-pelajar Sekolah yang menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 1 bertempat di Sekolah Agama Taman Bukit Tiram.

**Pada hari Khamis ( 30 April 2015)pelajar-pelajar dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa**

Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sunday 26 April 2015

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH SITI ZALEHA BINTI MOHD RAPIEE

.....................................................................

Kami Warga Sekolah dan Badan Kebajikan serta murid mendoakan agar
USTAZAH SITI ZALEHA BINTI MOHD RAPIEE
diberi ketenangan dan 
kemudahan dalam menjalankan tugas
serta mendapat keberkatan dan keredhaan hidup dunia dan akhirat.
Jasamu dan baktimu tetap kami kenang.....

.............................................................

..............................................................

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2015


Friday 17 April 2015

Lagu Sekolah Agama Sungai Tiram

                   Ya Allah kami memohon,permudahkan segala galanya
                   Demi memenuhi ilmu didada,martabatkan agama bangsa dan negara

                   Azam kami semarak membara,agar tercapai segala usaha
                   Sekolah Agama Sungai Tiram,muridnya putri dan putera


 Korus :      Putihkan hati sucikan minda, berilmu beramal dan bertaqwa
                   Pada ibu bapa dan guru tercinta,  doakan kami sentiasa
               
                   Kami berikrar didalam jiwa,menuntut ilmu hingga berjaya
                   Jadi Insan yang beriman,diberkati Yang Maha Esa

(ulang korus,Rangkap 3 dan tamat)

klik sini untuk dengar lagu .....


                 



Friday 10 April 2015

Jemputan Dan Usul Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali ke - 22 , Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Majlis Konvokesyen SDKA 2014


Kepada,
Ibubapa /Penjaga
Sekolah Agama Sungai Tiram


Jemputan  Dan  Usul  Mesyuarat Agung  Badan  Kebajikan Kali ke - 22 ,  Anugerah  Kecemerlangan  Pelajar  Dan  Majlis  Konvokesyen  SDKA  2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Badan Kebajikan SAST telah membuat ketetapan bahawa Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali ke-22 akan diadakan  seperti berikut :-


Tarikh  :  09 Mei 2015
Hari   :   Sabtu
Masa   :   7.30 pagi
Tempat  :  Dewan Sekolah Agama Sungai Tiram

Sehubungan dengan itu,pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis tersebut.
Segala kerjasama dan keperhatinan dari pihak tuan/puan ,kami dahului dengan ucapan terima kasih.